Tumpukan perhatian kepada butiran berikut:
MANFAAT MEMELIHARA BINATANG KESAYANGAN DI RUMAH
Pelbagai penyelidikan saintifik telah mengesahkan bahawa binatang peliharaan dapat memanfaatkan tuan kepada binatang pemeliharaan itu, iaitu dalam kedua-dua sector kesihatan fizikal dan psikologikal.
Binatang peliharaan dapat mengurangkan stres, yang dikenalpasti dapat meningkatkan fungsi sistem imun dengan berkesan.
Manfaat kesihatan psikologi daripada kerakanan anjing dan kucing telah mendorong aktiviti pelawatan anjing ke hospis, hospital, penjara dan rumah-rumah kebajikan orang cacat.
JALINAN YANG TERPUTUS
Penjinakan anjing, kebergunaannya kepada manusia dan perlindungan yang diberikan manusia kepada anjing telah menjanakan jalinan yang rapat ini.
Kini, manusia sering mencabuli jalinan ini tanpa memantau pembiakan anjing mereka dan seterusnya, membuang mereka dalam jumlah yang besar, justeru menyebabkan binatang-binatang ini menderita dan kadang-kadang, menular sehingga menjadi risiko kesihatan kepada manusia.
Kerajaan dan pihak penguatkuasaan setempat yang dibelenggui masalah yang diakibatkan anjing terbiar ini sering kali menggunakan metode pemusnahan beramai-ramai, dengan mengharapkan penyelesaian yang pantas, tetapi metode pemusnahan ini terus dipraktikkan setahun demi setahun, tanpa perancangan untuk mengurangkannya sama sekali.
Di samping itu, dengan mengurangkan populasi anjing terbiar buat sementara waktu, pihak penguatkuasaan telah meningkatkan lagi peluang hidup saki-baki anjing terbiar dan menggalakkan migrasi mereka ke ‘kawasan yang telah dibersihkan’. Fenomena ini mempercepatkan penyebaran penyakit seperti penyakit anjing gila.
Sebuah tanggapan yang praktikal adalah kebiasannya,anjing yang ditangkap dalam operasi ‘tangkap dan bunuh’ ini sedang merayau tidak jauh daripada rumah mereka.
Tuan kepada anjing-anjing ini pasti membenci aktiviti penangkap anjing dan sekiranya anjing-anjing tersebut dibunuh, nescaya adanya seruan ketidakpuasan hati terhadap pihak penguatkuasaan.
Program pengawalan populasi anjing yang berperikemanusiaan seharusnya mendapat sokongan daripada komuniti tempatan dan Kumpulan Kebajikan Haiwan.
Penangkapan dan pembunuhan anjing-anjing tidak patut dianggap sebagai cara yang paling berkesan untuk menangani masalah anjing yang berlebihan kerana ia tidak menyelesaikan akar umbi masalah tersebut, iaitu pembiakan anjing yang berleluasa.
Kini, penyingkiran anjing-anjing berlebihan telah dikenalpasti tidak mampu menyelesaikan masalah anjing-anjing liar.
Langkah-langkah jangka panjang dan proaktif, termasuklah pendaftaran, penggunaan cip mikro, kembiri dan pendidikan masyarakat setempat perlu diambil demi mewujudkan kesedaran terhadap masalah ini.
FAKTOR KOS APAKAH DEFINISI ANJING TERBIAR?
· Mana-mana anjing yang tidak ditemani pemilik atau penjaganya di tempat awam, atau tidak memakai kolar anjing dan tag idenititi, merupakan seekor anjing terbiar di sisi undang-undang.
· Kebiasaannya, sesetengah anjing dibiar berkeliaran berhampiran tempat kediaman tanpa memakai kolar anjing dan pada waktu malamnya pula, digalakkan untuk mencari makanan, sehingga terpaksa menyelongkar tong sampah dan mengotorkan kawasan perumahan.
· Anjing yang berkeliaran di tempat awam mungkin menunggu pemiliknya, atau telah tersesat, atau telah meninggalkan tempat tinggal mereka, atau telah dibuang pemilik mereka.
· Anak anjing yang dilahirkan anjing betina terbiar akan terus hidup sebagai anjing terbiar dan menjadi liar sekiranya tidak dipelihara. Anjing seperti ini sukar ditangkap dan mungkin memainkan peranan dalam penyebaran penyakit . Tetapi kebiasaannya, jangka hayat mereka agak pendek. Justeru itu, mereka jarang sekali menimbulkan masalah yang serius.
· Pembiakbakaan dalam menimbulkan masalah seperti kurap demodeks yang sering dihidap anjing terbiar. Kebiasaannya, anjing-anjing ini akan menderita panjang sebelum ajalnya tiba.
PENGAWALAN ANJING TERBIAR
· Sebuah program kawalan harus disediakan untuk membezakan anjing peliharaan dengan anjing terbiar agar dapat menyelenggarakan setiap kategori dengan lebih berkesan.
· Ia harus dikaitkan dengan sebuah program pendidikan yang bermatlamat untuk mengurangkan masalah dari akar umbinya; iaitu di rumah pemilik anjing tersebut.
· Pendidikan berasaskan alasan untuk menyelamatkan (pematuhann)atau pendidikan berasaskan pelaksanaan (pengingkaran)
· Faktor kos merupakan alasan banyak pihak kerajaan mengelak daripada memperkenalkan program kawalan haiwan terbiar yang berperikemanusiaan dan proaktif.
· Namun begitu, ia dianggap sebagai ekonomi palsu apabila kos tersembunyi program-program yang tidak berkesan itu diperiksa..
· Kemalangan jalan raya, gigitan anjing dan kecederaan berkait anjing serta implikasi-implikasi kesihatan yang lain, kos penangkapan dan pembunuhan yang dikontrakkan kepada penangkap anjing persendirian.
· Berita mengenai kemalangan dan kematian berkait anjing dalam akhbar harian anda.
· Kos program yang proaktif dapat diimbangi melalui sistem pendaftaran yang diselanggarakan dengan baik, khidmat pemasangan mikrocip untuk anjing-anjing yang telah dikembirikan dengan kadar yang terkurang untuk menggalakkan pengembirian dan membantu golongan yang mempunyai pendapatan boleh guna yang terhad, serta penjaga haiwan terbiar.
PENGAWALAN YANG BERKESAN
· Pengawalan yang berkesan memerlukan sebuah program yang komprehensif dan proaktif, termasuklah mendidik pemilik anjing dan pemilik proaktif agar dapat mengawal pembiakan anjing peliharaan, mengawal pesekitaran anjing jagaan, pendaftaran, identifikasi dan pemasangan mikrocip yang wajib, serta perlesenan dan pengawalan pembiak dan kedai jualan haiwan.
· Penguatkuasaan yang berkesan harus diberi keutamaan.
PENDIDIKAN
· Kumpulan Pendidikan Perikemanusiaan NANAS Humane Education akan mengendalikan sebuah kempen pendidikan dan kesedaran mengenai tanggungjawab seorang pemilik haiwan kesayangan.
· Elemen-elemen penting yang harus diberikan kepada haiwan kesayangan anda adalah komitmen dan kasih sayang.
- Membangkitkan rasa tanggungjawab sebagai seorang pemilik di kalangan pemilik haiwan.
· Mencegah pembelian impulsif di masa hadapan. (Risalah pendidikan akan diedarkan ke kedai-kedai binatang peliharaan).
· Tanggungjawab pemilik haiwan akan ditekankan dalam bahan-bahan pendidikan itu.
· Kelak, penerbitan rangkaian risalah dan brosur yang pelbagai boleh didapati di mana-mana sahaja.
· Paparan berunsur pendidikan akan diselitkan ke dalam majalah mengenai anjing, kedai binatang peliharaan dan pusat vetenari, serta sewaktu permohonan lesen.
· Kempen-kempen akan diumumkan dalam media dan stesen radio tempatan. .
· Program pendidikan akan dianjurkan apabila terbitnya masalah, dan dibantu warden/pegawai haiwan kami.
MEMAHAMI ANJING (Pendidikan Umum)
· Berdiri diam-diam apabila anjing menghampiri anda.
· Izinkan anjing menjalankan tugasnya, contohnya mengenalpasti identity anda.
· Anjing di atas jalan atau dalam rumah merupakan tuan kepada kawasannya.
· Jangan merenung seekor anjing, terutamanya pada matanya kerana akan menganggapnya sebagai sebuah cabaran. Oleh itu, pastikan anda memandang ke sisi. Serentak itu, anda haruslah bertenang.
· Sekiranya terdapat percanggahan dan anjing tersebut kurang senang dengan kehadiran anda serta mula menggeram dan menyalak, undur dengan perlahan-lahan sambil memandang anjing itu dengan ekor mata.
· Peringatan penting – jangan menyentuh atau mendekati anjing yang anda tidak kenali.
· Jangan mengejar atau mengejek anjing, atau merampas makanan atau barang-barang kepunyaan mereka.
· Jangan cuba bercampur tangan dalam pergaduhan di antara haiwan melainkan jika anda seorang yang terlatih.
· JANGAN menendang anjing!
· Waspada terhadap ibu bersama anak anjingnya.
SELALU bersikap lembut dan penyayang terhadap haiwan dan mereka akan membalas kasih sayang anda. Ingat bahawa haiwan dapat menilai seseorang dengan tepat kerana mereka memiliki naluri dan perwajaran yang semula jadi. Ia menjelaskan bagaimana seseekor haiwan dapat menentukan sama ada ia suka atau tidak suka kepada seseorang.
Manusia yang sayang kepada haiwan memancarkan aura berwarna jingga yang dapat dilihat oleh haiwan. Perasaan takut pula menyebabkan pancaran berwarna perang tua dan aura ini merangsang perasaan takut pada haiwan, justeru mencetuskan perasaan marah dan keinginan untuk menyerang. Seperti yang dikata-katakan, anjing dapat ‘membau rasa takut’.
PENDAFTARAN ANJING DAN IDENTIFIKASI
· Apakah syarat-syarat penting untuk pelaksanaan sesebuah program kawalan anjing?
· Pengawalan kesihatan seperti vaksinasi wajib untuk penyakit rabies/anjing gila harus diberikan kepada anjing-anjing dalam pusat simpanan sementara.
· Pendaftaran merupakan sebuah sistem untuk merekod maklumat anjing bersama maklumat pemiliknya serta menjadi sebahagian daripada statistik laporan.
· Sistem yang paling efektif bergantung kepada keadaan negara.
Ia bolehlah merupakan sebuah pendaftaran kebangsaan berpusat dalam komputer dengan akses kepada pendaftaran berpusat daripada semua pusat pendaftaran di seluruh negara, atau dalam sebuah negara seperti Malaysia, sebuah sistem wilayah dengan awalan mudah-kenal untuk menunjukkan wilayah-wilayah tertentu. Setiap ekor anjing harus memakai tanda identiti atau nombor yang
· kekal (mikro cip) yang tersenarai pada pendaftaran pusat.
· Sekiranya mikro cip digunakan, indikasi yang jelas bahawa mikro cip telah dipasangkan harus ditunjukkan.
· Contohnya, tatu seperti “M” pada telinga kiri.
· Selain itu, anjing diwaibkan memakai kolar dan cakera pada setiap masa di luar rumah.
· Cakera itu haruslah mempunyai nombor mikro cip dan nombor telefon pemiliknya. Cakera itu juga boleh dikodkan dengan warna (warna berbeza setiap tahun) demi memudahkan pemeriksaan visual ke atas pengemaskinian perlesenan tahunan. Tempoh lesen harus dibincangkan.
ANJING YANG TERBIAR DI PUSAT SIMPANAN SEMENTARA
· Apabila anjing dibawa ke rumah lain untuk sementara waktu, contohnya ketika cuti, adalah penting untuk:
ΓΌ Menyediakan maklumat penuh alamat sementara itu pada kolarnya, agar ia dapat dipulangkan sekiranya ia melarikan diri.
ΓΌ Laporan kehilangan anjing adalah lazim pada musim-musim perayaan dan disebabkan oleh sesetengah aktiviti seperti bermain mercun.
PENDAFTARAN DAN PENGENALAN ANJING
· Pengenalan pendaftaran wajib dan identifikasi perlu digandingkan dengan penalti yang lebih tegas terhadap pembuangan haiwan peliharaan.
PENINGKATAN YURAN PENDAFTARAN
· Bayaran yang lebih murah untuk pendaftaran haiwan yang telah dikembiri demi menggalakkan pengembirian.
· Peningkatan yuran pendaftaran harus diumumkan awal-awal lagi agar tidak mencetuskan pembuangan anjing peliharaan dalam tempoh setahun dua sebelum kenaikan yuran dilaksanakan.
· Ia dapat mencegah pembuangan panik oleh pemilik mereka.
PENGEMBIRIAN
· Pengembirian (pemandulan dan pengasian) HARUS dipromosi melalui pelbagai media, termasuk pendidikan.
· Insentif (yuran pendaftaran dikurangkan untuk haiwan yang telah dikembirikan) dan program pengembirian yang bersubsidi.
· SPCA Selangor dan Klinik Pemandulan & Pengembirian DBKS dan NANAS Spay Shuttle.
· Pengenalan program seperti ini disukarkan lagi oleh perbezaan keutamaan kewangan badan-badan kebajikan haiwan dan pakar veterinary tempatan.
· Manfaat skima-skima ini haruslah dibincangkan bersama pakar veterinarian dan pihak berkuasa tempatan. Di samping itu, kumpulan-kumpulan kebajikan haruus menghargai tekanan kewangan yang dihadapi untuk menyelenggarakan klinik veterinari persendirian.
· Sumbangan yang diberikan oleh skima pengembirian kos rendah dalam program pengawalan haiwan-haiwan terbiar adalah DRAMATIK!
· Impak yang jelas akan diperhatikan sekiranya ia dikendalikan dengan konsisten bersama kitaran pembiakan dalam setiap 6 bulan.
· Doktor veterinari mempunyai pandangan yang berbeza mengenai usia optimum dan teknik terbaik untuk pembedahan pengembirian.
· Telah dipersetujui bahawa dalam keadaan di mana pengawalan populasi adalah dititikberatkan, pengembirian awal memberikan manfaat yang jelas.
· Anak anjing dan kucing boleh dikembirikan ketika berusia 12 minggu oleh seorang doktor vetenrinar yang berpengalaman.
MENGAWAL PERSEKITARAN ANJING TIDAK TERJAGA
· Kapasiti tempat simpanan bergantung kepada ketersediaan makanan dan tempat terlindung. .
· Salah satu cara untuk mengurangkan ‘kapasiti simpanan’ sesebuah kawasan adalah mengehadkan punca makanan dengan membersihkan kawasan tersebut.
· Penelitian perlu diberikan kepada kawasan pasar, gerai penjaja makanan, restoran, tempat pembuangan sampah, kawasan-kawasan perindustrian dan tempat-tempat tidak berpenduduk dan kawasan yang diperuntukkan untuk pembangunan.
PERLESENAN DAN PENGAWALAN PEMBIAK
· Pembiakan yang tidak terkawal merupakan faktor utama peningkatan populasi haiwan peliharaan.
· Perlesenan dan pengawalan semua perusahaan pembiakan komersial adalah penting. Yuran pendaftaran anjing perlu dinaikkan
· Syarat-syarat kebajikan yang lebih ketat harus dilaksanakan dalam pemberian lesen (termasuk tempat tinggal, penjagaan, penyeliaan veterinari, kekerapan pembiakan seseekor anjing betina, dan sebagainya)
· Semua anak anjing yang dijual oleh kedai binatang peliharaan MESTI memasangkan mikro-cip dengan lessen sementara.
PERLESENAN DAN KAWALAN SALURAN JUALAN
· Sebuah sistem perlesenan dan pengawalan harus disediakan untuk semua tempat jualan, termasuk peniaga dan kedai haiwan peliharaan.
· Tempat jualan berlesen hanya dibenarkan untuk membeli anak anjing atau anjing daripada pembiak berlesen, agar membolehkan pegawai penguatkuasaan untuk mengesan dan mengawal haiwan-haiwan ini sepanjang pembiakan dan rangkaian pengedaran.
PENGUATKUASAAN
· Penguatkuasaan haruslah berkesan tetapi berperikemanusiaan.
· Kaki tangan haruslah dipilih berasaskan kepada pengalaman dan kemampuan untuk mengendalikan haiwan.
· Justeru itu, mereka juga dapat memainkan peranan yang penting sebagai seorang pendidik dan pegawai perhubungan awam.
· Adalah penting peranan mereka tidak dijejaskan oleh penggajian calon yang tidak sesuai.
· Pihak berkuasa tempatan harus memastikan bahawa tempat penyimpanan haiwan yang sesuai disediakan untuk tempoh kuarantin, sambil mereka menanti kedatangan pemilik mereka untuk menjemput mereka pulang atau keputusan berperikemanusiaan yang lain.
· Pilihan kemudahan kenderaan warden haiwan juga penting.
· Ia harus mempunyai pengalihudaraan yang baik dan berpetak.
· Teknik penangkapan haruslah berperikemanusiaan, sabar dan mempunyai pemahaman terhadap sifat haiwan.
· Warden haiwan diberikan latihan penuh pengendalian haiwan dan cekap mengendalikan pelbagai jenis anjing, termasuk anjing yang agresif.
· Haiwan harus selesa, diberi makan dan minum sepanjang tempoh penahanan.
· Selepas tempoh penanahan ini tamat, haiwan-haiwan yang boleh dijadikan haiwan peliharaan harus dihantar kepada kumpulan kebajikan haiwan untuk ditempatkan semula.
· Eutanasia harus dijadikan pilihan terakhir apabila penempatan semula tidak dapat dilakukan.
Namun begitu, eutanasia harus dikekalkan sebagai salah sebuah pilihan yang penting dalam mana-mana program. Jumlah anjing yang dalam kenel atau fasiliti penyimpanan tidak boleh melangkaui jumlah maksimum kerana ia mungkin menyebabkan masalah kebajikan tambahan.
· Apabila sebuah komuniti terasing mempunyai populasi anjing terbiar atau anjing liar yang kecil, dan tidak dianggap sebagai kacau-ganggu dan penempatan semula tidak dapat dilaksanakan, adalah lebih praktikal untuk membiarkannya. Telinga anjing-anjing ini akan dicantas untuk tujuan identifikasi.
· Dalam konteks ini, eutanasia hanya terhad kepada anjing yang uzur, berpenyakit atau agresif.
No comments:
Post a Comment